Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan. Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan. Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu. Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar Turut ditahan yang
Harian Tawau memaparkan berita tempatan di daerah Tawau