Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Direman seminggu

Tawau: Suspek yang memukul pelajar tingkatan empat sebelum mangsa ditemui meninggal dunia pagi semalam, direman bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 18 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. “Suspek direman hingga 1 Mei ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Dalam kejadian 6 petang Ahad lalu, mangsa, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, dipukul suspek menggunakan kayu ketika berjumpa adik perempuan suspek di kawasan padang Taman Gembira berhampiran Kampung Sentosa, di sini. Mangsa ditemui meninggal dunia 7.30 pagi semalam oleh ibunya di bilik di rumah mereka di Kampung Pisang, di sini. -Hmetro

Pelajar Tingkatan Empat SMK Kuhara Tawau Mati Dipukul

Seorang ibu terkejut apabila mengetahui anak lelakinya maut di dalam rumah, hanya 12 jam selepas pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah. Pelajar Tingkatan Empat SMK Kuhara di Tawau itu dikatakan dipukul abang kekasihnya tetapi memberitahu ibunya insiden berpunca dipukul individu tidak dikenali. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diperiksa ibunya di rumah mereka di Kg Pisang di Tawau pada kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin. Beliau berkata, polis menahan seorang buruh berusia 19 tahun yang tidak mempunyai dokumen untuk siasatan berhubung kematian remaja berkenaan. Suspek dipercayai abang kekasih mangsa. Fadil berkata, ibu Mohd Ayieruchizamsyah memaklumkan anaknya yang merupakan tiga daripada lima adik beradik itu pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah, pada kira-kira pukul 7.30 malam Ahad. "Dia beritahu dia dipukul individu tidak dikenali. Anaknya kemudian masu

6 maut dalam kemalangan Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang bapa bersama dua anaknya antara enam mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu, dekat sini, malam tadi. Ismail Mangu, 25; dan dua anaknya, Sharil, 5, dan Putri, 2, serta kakak Ismail, Farida Perada, 35, maut di tempat kejadian selepas PROTON Saga dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu. Semua mangsa berasal dari Kampung Wakuba, Batu 6 Jalan Apas, Tawau. Dua lagi mangsa yang maut, pemandu PROTON Saga warga Indonesia, Said Tuan Kamba, 28; dan rakan senegaranya, Markus Mae Siku, 52. Pemandu pacuan empat roda berusia 53 tahun dilaporkan cedera parah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata PROTON Saga dinaiki enam mangsa dalam perjalanan dari Lahad Datu menghala ke Tawau terbabas dan melintang di laluan bertentangan selepas satu selekoh tajam. Pada masa sama, katanya, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dari arah bertentangan tidak sem

Skuad Prihatin Perkeso Tawau Bantu Pencarum Terlibat Kemalangan

TAWAU, 1 April (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tawau sentiasa mengambil tindakan pantas menerusi Skuad Prihatinnya bagi membantu pencarum yang terlibat dalam kemalangan mendapat faedah pembayaran. Ketua Pejabat Perkeso Tawau, Mariam Hassan berkata skuad yang baru ditubuhkan di daerah itu bertindak meneliti, menyemak kebenaran serta mengenal pasti sekiranya ada pencarum terlibat dalam kemalangan. "Ini adalah satu tanggungjawab Perkeso bagi memastikan proses pembayaran faedah kepada pencarum atau waris dibuat secepat mungkin bagi meringankan beban mereka susulan kemalangan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian program seminar Perkeso bersama pemimpin masyarakat di sini, Sabtu. Program itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Menurutnya skuad itu akan turut berhubung dengan pihak berkuasa termasuk polis bagi mendapatkan maklumat peribadi mangsa (pencarum) dan kesahihan kes. Dalam pada itu, katanya

Penguasaan Usahawan PKS Guna Platform E-dagang Masih Rendah

TAWAU, 1 April (Bernama) -- Bilangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang memanfaatkan platform e-dagang masih rendah dan perlu dipertingkatkan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata daripada 645,000 PKS setakat ini, hanya 10,000 yang didapati berdaftar dengan platform alibaba.com. Menurutnya, usahawan berkenaan akan terus ketinggalan apabila tidak mengupayakan diri serta gagal memanfaatkan saluran seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang menyediakan platform kondusif seperti alibaba.com untuk berniaga merentasi sempadan. "Platform termasuk alibaba.com, perlu digunakan supaya produk tempatan mampu memasuki dan bersaing dalam pasaran global," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Ahmad dalam rangka lawatan kerja bertemu Biro IT UMNO di Tawau dan Semporna di Sabah, turut sempat meninjau tiga PKS di sini iaitu Suria Bakery, Klinik Pergigian Asmah (Spa Dental) dan Putra Gymnasium serta 1Q

Atlet Sabah Cemerlang Sukan Diberi Peluang Sambung Belajar Di IPT

TAWAU, 1 April (Bernama) -- Atlet Sabah yang cemerlang dalam bidang sukan dan mengharumkan nama negara bakal diberi laluan khas ke institusi pendidikan tinggi, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Katanya cadangan itu akan dipertimbangkan bagi atlet yang mengorbankan kejayaan akademik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia kerana memberi tumpuan kepada sukan. "Ketika ini kementerian dalam perbincangan dengan beberapa institusi pengajian tinggi di negeri ini termasuk Universiti Teknologi Mara bagi membuka laluan khas ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Tawfiq berkata laluan khas itu adalah sebagai pengiktirafan kerajaan negeri kepada atlet berkenaan atas sumbangan mereka kepada negeri dan negara. "Kerajaan tidak mempunyai masalah menyediakan insentif berbentuk pendidikan kepada mereka yang cemerlang dalam bidang sukan dan berharap langkah itu mampu menjadi pemangkin dalam melakark

Banteras Jenayah Dadah Fokus Utama Polis Tawau

TAWAU, 31 Mac (Bernama) -- Penglibatan pelajar dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini tidak begitu membimbangkan namun usaha membanteras jenayah itu terus menjadi fokus utama, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus. Beliau berkata meskipun beberapa sindiket dadah yang aktif di daerah ini berjaya ditumpaskan tetapi jenayah dadah akan terus diperangi habis-habisan. "Kita akan gempur habis-habisan, dan kita sudah berjaya merampas berkilo-kilo (kilogram) dadah dan usaha ini berterusan termasuk membanteras dadah dalam kalangan pelajar," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program perkhemahan kor kadet sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Tahun di Dewan Terbuka Datuk Seri Mohd Najib, Merotai dekat sini, Jumaat. Perkhemahan sejak Selasa itu melibatkan 713 pelajar dan 104 guru membabitkan 16 kontinjen masing-masing 14 kontinjen dari sekolah menengah di Tawau dan masing-masing sebuah sekolah dari daerah Kunak dan Semporn

Gempa bumi sederhana landa Minahassa, Sulawesi, gegaran dirasai di Tawau

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 7.20 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata gempa bumi itu berpusat di 149km dari Timur Laut Palu, Indonesia dan 507km Tenggara Semporna, Sabah. Gegaran turut dirasai di Tawau, namun tiada ancaman tsunami. -- BERNAMA

Penduduk Kunak, Semporna rasai gegaran gempa di Lahad Datu

SEMPORNA: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.2 pada skala Richter yang melanda Lahad Datu, petang tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kunak dan Semporna merasai gegarannya. Seorang guru, Aslina Ali, 30, berkata beliau dapat merasakan gegaran hampir seminit ketika berada di rumahnya di perumahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, di sini. "Saya sedang mengemas rumah kerana baru balik dari kampung setelah seminggu cuti persekolahan sebelum gegaran itu dirasai kira-kira pukul 5.30 petang. "Setelah itu saya berlari keluar rumah sehingga gegaran berhenti," katanya kepada Bernama. Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Airport, Kunak, Dian Awang berkata beliau turut merasai gegaran kecil selama 10 saat. "Pada mulanya saya ingatkan adik-adik yang berlari di atas rumah, tetapi apabila tidak melihat sesiapa yang berlari, saya keluar untuk melihat keadaan sekitar tetapi tidak ada apa-apa berlaku. "Saya hanya sedar ketika membaca berita di Fac

Pengawal keselamatan maut ditikam di Tawau

TAWAU: Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan dalam satu kejadian di Pasar Tamu Ladang Seraya, Kalabakan dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 10.25 malam itu, mangsa, seorang warga tempatan berusia 49 tahun, sedang makan di sebuah gerai apabila ternampak pergaduhan antara dua lelaki. "Mangsa cuba membantu meleraikan pergaduhan, namun seorang daripada lelaki tersebut bertindak agresif dan menikam mangsa menggunakan sebilah badik sebelum melarikan diri ke arah rumah pekerja ladang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya, mangsa yang digegaskan ke hospital disahkan meninggal pada 3.50 pagi semalam. Polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja ladang berusia 30 tahun dan usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan, katanya. Sementara itu di LAHAD DATU, seorang penunggang maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan rod

Bot karam Tawau: Sembilan mayat ditemui setakat ini

TAWAU: Sembilan mayat ditemui setakat ini di perairan Malaysia dan Indonesia, susulan tragedi bot karam di perairan Tinangat dekat Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memaklukan, tiga daripada mayat berkenaan, iaitu  masing-masing satu lelaki, satu wanita dan satu kanak-kanak dijumpai di perairan Malaysia. Satu daripada mayat berkenaan ditemui di kawasan Sungai Taiwan, Laut Sebalik, manakala dua mayat lagi sekitar perairan Karang Unaran Sebatik. Manakala baki enam mayat lagi ditemui di perairan Indonesia. Ia termasuk masing-masing satu mayat lelaki dewasa, satu perempuan dewasa, satu wanita hamil dan tiga kanak-kanak lelaki. Mayat berkenaan ditemui  Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)  di perairan negara jiran itu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Selasa, bot membawa 15 penumpang termasuk seorang tekong dikatakan terbalik selepas terkena ombak besar mengakibatkan semua mangsa tercampak ke dalam laut