Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Klinik One Malaysia sudah beroperasi di Tawau?

Salam hormat dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Baru-baru ini aku diberitahu oleh seorang rakan bahawa klinik one Malaysia kini sudah beroperasi di Tawau. Menurut sumber yang saya perolehi, klinik One Malaysia di Tawau mula beroperasi dengan memilih Sri Indah sebagai lokasinya. Kalau buat operasi di Sri Indah Tawau memang elok sangat sebab tempat itu memang agak jauh daripada bandar Tawau. Ini juga akan memberi kemudahan kepada penduduk kampung di sekitar Sri Indah. Klinik One Malaysia ini hanya memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang mengalami penyakit ringan sahaja. Bagi kes-kes kronik, klinik ini hanya memberi rawatan awal sebelum pesakit dirujuk ke hospital Besar Tawau. Bagi memudahkan penghantaran pesakit yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital Besar Tawau, kenderaan klinik disediakan. Menurut sumber,klinik ini akan dikendalikan oleh empat orang kakitangan iaitu seorang pembantu perubatan dan dibantu oleh jururawat terlatih. Klinik ini akan beroperasi mul