Skip to main content

100 penduduk Tawau pasrah terpaksa raya di dewan

Kira-kira 100 penduduk Kampung Pasir Putih Tawau, di sini terpaksa pasrah untuk menyambut Aidilfitri di dewan mini kampung itu dan Pusat Khidmat Masyarakat daerah selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, pagi semalam.
Kebakaran kira-kira jam 11.24 pagi itu memusnahkan 11 rumah papan ketika penduduk terbabit bersiap sedia menyambut hari raya.
Ada keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas pakaian baru serta juga kuih muih untuk hari raya turut hangus.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat daerah, Albert Jiran Tanjung, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran kira-kira jam 11.25 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera bomba dan 17 anggota.

Katanya, bomba berjaya memadam api sepenuhnya jam 1.39 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam pada itu, penderitaan penduduk terbabit mendapat perhatian UMNO bahagian Kalabakan yang menyumbangkan wang ihsan RM300 kepada setiap keluarga terbabit.
Sumbangan disampaikan Timbalan Ketua UMNO bahagian Kalabakan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Abdul Muis Picho mewakili Ketua UMNO bahagian yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh.

Katanya, pihaknya berharap mereka bersabar dengan ujian Ilahi.

Dalam pada itu, ADUN Merotai, Pang Yuk Ming ketika dihubungi berkata bantuan makanan akan diagihkan kepada mereka oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) daerah.

“Saya harap penduduk setempat memastikan setiap rumah dilengkapi alat pemadam api dan semua orang berhati-hati ketika membuat kuih dengan memastikan peralatan elektrik sentiasa dalam keadaan selamat,” katanya.

Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.

Cicak tokek paling besar di Tawau

Cicak Tokek NUNUKAN, Kalimantan Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam. Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut. Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan. Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama, kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas. Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu. Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar. Dia kemudia