Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Ketua kampung Batu 2 Jalan Apas ditahan lepaskan tembakan

TAWAU: Polis menahan seorang ketua kampung selepas dipercayai melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Batu 2, Jalan Apas di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata dalam kejadian 1.15 pagi itu, suspek berusia 62 tahun itu melepaskan dua das tembakan untuk menakut-nakutkan beberapa lelaki yang dikatakan cuba menyerangnya. "Ketika kejadian, beberapa lelaki dikatakan telah menyerang dengan melemparkan objek ke rumah beliau menyebabkan dia berang dan terus keluar rumah dan melepaskan dua das tembakan amaran untuk menakut-nakutkan penyerang terbabit. "Satu daripada tembakan terkena seorang daripada lelaki itu. Mangsa yang cedera di bahagian telinga dan belakang badan itu kini dirawat di Hospital Besar Tawau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.