Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Pengganas berbelanja di Tawau

TAWAU: Pihak polis menafikan desas-desus yang mengatakan kononnya wujud bukti pembelian barang makanan oleh sekumpulan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas di premis beli-belah di sekitar daerah ini. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besaar Dullah, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pekerja ataupun pemilik premis yang dimaksudkan tidak melihat ataupun mengetahui kehadiran individu-individu berkenaan. “Kita tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan wujud pengganas ataupun pihak tertentu yang membeli barang makanan dalam kuantiti yang banyak untuk dibekalkan kepada pengganas di lokasi yang dinyatakan oleh orang awam,” katanya. Awang berkata, pihaknya menerima maklumat yang mengatakan kononnya ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu berbahasa Melayu dan mencurigakan dilihat berada di Batu 8 dan Batu 10 Jalan Apas di sini. Ekoran itu, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah panik dan cuba menimbulkan huru-hara dengan menyeba

Pelajar kolej komuniti Tawau rentung kereta terbakar

TAWAU - Seorang pelajar Kolej Komuniti Tawau didapati rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar akibat merempuh pembahagi jalan dan melanggar tiang lampu di sini semalam.   Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Kasim, 21.   Kejadian berlaku kira-kira 3.50 petang di Km5.6 Jalan Apas ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Hospital Tawau ke rumahnya di Taman Kinabutan Ria. - Bernama tawaudaily : Berhati-hati semasa memandu di jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini..

Ceroboh Sabah: Perlu kajian terperinci, kata Mahathir

KLANG - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kerajaan membuat kajian mendalam berhubung insiden pencerobohan militan di Lahad Datu yang mengorbankan lapan anggota polis sehingga kini.   Bekas perdana menteri berkata kajian itu perlu bagi mengenal pasti bagaimana pencerobohan boleh berlaku termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu.   "Kajian ini juga penting bagi menentukan sama ada kerajaan perlu menambah perbelanjaan untuk pertahanan termasuk membeli peralatan perang dan senjata untuk menangani serangan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pandangan pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sini hari ini. tawaudaily : Jangan buat kajian bagaimana penceroboh masuk ke dalam negara tetapi buat kajian bagaimana penceroboh memiliki KPT Malaysia.

Mahathir: Jangan ikut nafsu pilih kerajaan

KLANG - Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mengikut nafsu sebaliknya menggunakan akal ketika memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mereka fikir dapat menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang. "Kita harus menggunakan akal kita untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan dan sekiranya kita taksub memilih kerajaan mengikut emosi ataupun nafsu serta tanpa penilaian, maka kita akan memilih sebuah kerajaan yang tidak sesuai untuk kita. "Jangan membenarkan nafsu kita tentukan (siapa patut memerintah) sebab ia boleh membawa mudarat kepada kita. Pilihlah parti yang terbukti bertanggungjawab kepada pengundi dan sanggup berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sebuah sekolah di sini hari ini. tawaudaily : Kalau ikutkan nafsu, kira nak pangkah BN tapi k

ATM berunding dengan pengganas di Lahad Datu

Keadaan di sekitar Lahad Datu adalah terkawal ketika Angkatan Tentera dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai pada Selasa dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan. "Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang. "Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat ibu negara hari ini. Hishammuddin juga meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan. "Orang ramai diminta su

Kumpulan bersenjata menceroboh Lahad Datu

Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini. Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah. Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut. Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri. "Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina. "Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysi

Khabarnya keluarga Firaun ada di Tawau

Diramalkan 22.02.2013 merupakan tarikh karamat bagi Dato Najib...itu mengikut ramalan saya Belumpun bubar dewan, cakap-cakap siapa yang melobi calon dalam pilihanraya ke-13 ni sudah rancak diperkatakan. Kalau cakap-cakap menjadi kenyataan maka bermulalah era firaun di Tawau. Cakap-cakap si abang akan mempertahankan DUN Apas. Sementara si adik pula mengintai DUN Sebatik. Cakap-cakap MP Kalabakan macam mengundur diri pada pilihanraya ke 13. Tempatnya akan diambil oleh puteri kesayangannya yang juga ketua puteri UMNO..Begitu juga dengan DUN Balung yang sudah memasang anaknya bagi menggantikan dirinya. Tidak kisah siapa calon asalkan mereka mempunyai kelayakan. Jika lulusan tingkatan lima sahaja, lebih baik lupakan niat nak jadi calon sebab nampak betul nak kuasa dan kekayaan sahaja. Lagi pun jika kelulusan satekat tingkatan lima atau diploma, apalah kepimpinan yang ada pada diri. Adalah sesuatu yang amat memalukan kita mempunyai DUN ayau MP yang tidak ada sekolah. Nak bagi nasihat b

Empat Blok Rumah Kongsi Musnah Dalam Kebakaran

TAWAU: Empat blok rumah kongsi melibatkan 48 bilik musnah sama sekali, sementara sebuah kilang kayu terjejas teruk sebahagiannya akibat dua insiden kebakaran berasingan yang berlaku dalam masa kurang dari 12 jam di sini. Penolong Ketua Balai Bomba Tawau, Faisal Ahmad, berkata kedua-dua kes kebakaran terbabit berlaku di kawasan Jalan Sin Onn Tiku dan Tanjung Batu Tengah, Logpond antara jam 5 petang dan jam 2 pagi. “Dalam kebakaran pertama, kita menerima aduan pada jam 5.09 petang Rabu serta mengerahkan 19 pegawai dan anggota bomba ke kawasan rumah kongsi di Jalan Sin Onn Tiku untuk memadam kebakaran,” katanya. Difahamkan, semua penghuni rumah kongsi terlibat terselamat dalam kejadian itu apabila api dikatakan pantas merebak akibat hampir keseluruhan material bangunan terbabit dibina berasaskan kayu. Menyentuh tentang kes kebakaran itu, Faisal berkata pasukannya berjaya mengawal api daripada terus merebak ke lokasi berhampiran pada jam 5.57 petang sebelum menamatkan operasi

Polis Tawau pantau kegiatan judi tanpa lesen

TAWAU: Polis sentiasa memantau kegiatan judi tanpa lesen termasuk perjudian mesin slot di daerah ini bagi memastikan kegiatan itu tidak berleluasa, kata Ketua Polis Tawau ACP Awang Besar Dullah. Katanya pada tahun ini sahaja pihaknya sudah melakukan tiga serbuan dan tiga tangkapan melibatkan rampasan 69 unit mesin judi, manakala sepanjang tahun lepas 79 serbuan dilakukan dengan 39 tangkapan selain merampas 311 mesin judi. “Kita tidak menafikan wujudnya kegiatan perjudian mesin judi di Tawau secara senyap-senyap (haram). Walaupun dilakukan secara curi-curi, pihak polissentiasa memantau dan membuat serbuan sekiranya premis yang dikenal pasti terlibat dengan perjudian haram. “Saya minta kepada orang ramai yang tahu lokasi-lokasi kegiatan mesin perjudian haram ini supaya memaklumkan kepada polis atau terus kepada saya supaya tindakan segera dapat diambil. Maklumat hendaklah lengkap dengan alamat lokasi (kegiatan judi) itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau mengulas

PGA Sabah ambil pendekatan berjaga-jaga

TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah mengambil pendekatan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang ancaman kegiatan jenayah yang dikhuatiri berlaku ekoran perdamaian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Selatan Filipina. Menurut Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Ahmad Marzuki Mohd Saad, pihaknya telah menjalankan operasi memantau perkembangan di sekitar persempadanan negeri ini semenjak Oktober lepas. “Sebenarnya, ancaman ini lebih kepada ancaman jenayah bukannya ancaman yang menggugat keselamatan dalam negeri ini,” katanya sambil mendedahkan pemantauan itu dibuat ekoran pemilihan jawatan-jawatan utama seperti gabenor dan mayor di wilayan itu bakal dijalankan. Marzuki berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya Majlis Serah/Terima Tugas Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau daripada Superitendan Khaled Che Lah kepada penggantinya Superitendan Ahmad Fuad Othman di sini kelmarin. Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan

19 dicekup, 109 mesin slot judi dirampas dalam tiga serbuan

TAWAU: Pihak polis menangkap 19 suspek dan merampas 109 mesin slot judi haram melibatkan perjudian pelbagai jenis dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini pada Ahad dan Isnin lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita berumur 20-35 tahun kerana disyaki terlibat di dalam kegiatan terbabit. “Pihak polis merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membolehkan operasi ini diadakan,” katanya semasa mengulas mengenai kejayaan terbaru pihak polis itu di sini kelmarin. Awang berkata, dalam serbuan pertama, sepasukan polis menyerbu sebuah premis di kawasan Taman Hill Top pada Ahad lepas kira-kira jam 12.05 pagi dan berhasil menangkap lima individu termasuk dua perempuan dan merampas 43 mesin slot judi. Manakala, dalam serbuan kedua pula, pihak polis menahan seorang lelaki dan dua wanita serta merampas 19 mesin slot judi di kawasan Takada pada hari keesokannya