Skip to main content

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang

Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan

BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.

Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.