Skip to main content

Tawau : Demo Pekebun Tidak Berjaya Raih Simpati?

KIRA-KIRA 100 orang penduduk kampung dan peneroka di Ulu Merotai Landau, Tawau mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pagar Dumpas Estate iaitu di kilometer 15, pos kawalan Landau ke Projek Pengurusan Hutan Simpan Kekal Ulu Kalumpang, pada Sabtu.

Mereka berhimpun di situ apabila tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah kebun mereka untuk mengambil hasil tanaman dan barang-barang.

Demonstrasi aman yang bermula 8.30 sehingga jam 10.00pagi itu disertai anak-anak peneroka daripada pelbagai peringkat umur.

Mereka turut merentangkan tiga kain yang tertulis ‘Jangan Musnahkan Periuk Nasi Kami, Jangan Biarkan Kami Mengemis Di Bumi Peladang Sendiri’, ‘Inikah Konsep 1Malaysia? Beruk Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’ dan juga ‘Mana Janji Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Para peneroka yang berhimpun itu tidak membawa sebarang senjata kerana mereka hanya mahu masuk ke kebun mereka yang terletak di Hutan Simpan dan bukan bertujuan mengadakan rusuhan seperti yang didakwa.

Tiga unit polis mengawal keadaan di kawasan berkenaan iaitu FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), PORU, termasuklah daripada Jabatan Perhutanan sendiri.

Walaupun keadaan terkawal, sedikit kekecohan berlaku apabila salah seorang peneroka dalam usianya 70-an naik berang kerana mereka dihalang masuk.

Insiden itu berlangsung lebih kurang 15 minit sehingga lelaki itu terpaksa ditenangkan penduduk lain dan juga pihak polis.

Bagi Puan Jeluwi Ak Bayang, 64, dia diberitahu peneroka lain untuk datang ke situ kerana beliau difahamkan mereka akan masuk ke kebun untuk mengambil hasil dan barang dari rumah mereka di Ulu Merotai Landau.

“Saya tiada kenderaan, jadi menumpang kereta orang lain, tapi bila sampai sini kami dihalang masuk ke kebun,” kata ibu tunggal ini yang pendapatannya hanya bergantung sepenuhnya di tanah kebun 15 ekar peninggalan arwah suaminya yang juga bekas Ketua Kampung.

Setakat ini, hanya lapan ekar yang telah diusahakannya yang ditanam buah-buahan seperti koko dan durian sejak 20 tahun lepas.

Tegasnya, mereka mahu masuk ke kebun bukan mahu menceroboh tetapi hanya mahu mengambil hasil tanaman dan barang-barang.

Tambahnya, mereka diberitahu pihak yang melarang mereka masuk (atas arahan pihak atasan) bahawa mereka boleh masuk kebun tapi bukan hari ini (Sabtu) kerana didakwa mereka bakal mengadakan rusuhan.

Manakala, Kideng Ak Benang @ Jefferey, 64, pula beliau mula bercucuk tanam sejak 1978 ketika kawasan tersebut masih kawasan pembalakan.

Beliau mempunyai kebun kelapa sawit dan kolam ikan di kawasan berkenaan. Secara purata beliau mampu meraih kelapa sawit 45 tan sebulan dan 600 kg ikan.

“Penduduk harap boleh masuk untuk melihat kebun, mengambil hasil dan barang-barang di sana,” katanya yang kecewa kerana mereka dihalang masuk sedangkan tujuan mereka bukan hendak memberontak seperti yang didakwa.

Seorang lagi peneroka, Itab Ak Tang, 68, kokonya telah diusahakan sejak 1981, mampu menghasilkan dua tan dalam seminggu, manakala buah kelapa sawit ditanamnya dua tahun lepas. Tanahnya seluas 15 ekar.

Kesemua mereka ini berharap agar masalah mereka mendapat perhatian dan belas kasihan daripada pihak Kerajaan kerana mereka hanya mahu bekerja (cari rezeki) dan bukannya meminta-minta.

Difahamkan, Jabatan Perhutanan sudahpun mula menumbangkan pokok kelapa sawit milik peneroka sejak minggu lepas tetapi setakat ini belum ada rumah penduduk dirobohkan.

Untuk rekod, penduduk telah menerima notis keluar kawasan penempatan/kebun itu oleh Jabatan Perhutanan bertarikh 4 Januari 2010.

Oleh: RUMANDAWI L (sabahkini)

Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.