Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Pengawal keselamatan maut ditikam di Tawau

TAWAU: Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan dalam satu kejadian di Pasar Tamu Ladang Seraya, Kalabakan dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 10.25 malam itu, mangsa, seorang warga tempatan berusia 49 tahun, sedang makan di sebuah gerai apabila ternampak pergaduhan antara dua lelaki. "Mangsa cuba membantu meleraikan pergaduhan, namun seorang daripada lelaki tersebut bertindak agresif dan menikam mangsa menggunakan sebilah badik sebelum melarikan diri ke arah rumah pekerja ladang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya, mangsa yang digegaskan ke hospital disahkan meninggal pada 3.50 pagi semalam. Polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja ladang berusia 30 tahun dan usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan, katanya. Sementara itu di LAHAD DATU, seorang penunggang maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan rod

Bot karam Tawau: Sembilan mayat ditemui setakat ini

TAWAU: Sembilan mayat ditemui setakat ini di perairan Malaysia dan Indonesia, susulan tragedi bot karam di perairan Tinangat dekat Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memaklukan, tiga daripada mayat berkenaan, iaitu  masing-masing satu lelaki, satu wanita dan satu kanak-kanak dijumpai di perairan Malaysia. Satu daripada mayat berkenaan ditemui di kawasan Sungai Taiwan, Laut Sebalik, manakala dua mayat lagi sekitar perairan Karang Unaran Sebatik. Manakala baki enam mayat lagi ditemui di perairan Indonesia. Ia termasuk masing-masing satu mayat lelaki dewasa, satu perempuan dewasa, satu wanita hamil dan tiga kanak-kanak lelaki. Mayat berkenaan ditemui  Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)  di perairan negara jiran itu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Selasa, bot membawa 15 penumpang termasuk seorang tekong dikatakan terbalik selepas terkena ombak besar mengakibatkan semua mangsa tercampak ke dalam laut