Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi.
Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi.
Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video.
Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram mereka. Masyarakat Tawau juga tidak terkecuali bersama-sama membenteras kegiatan pelacuran di Tawau.

Comments
Post a Comment