Skip to main content

Posts

Anak tikam, tetak ayah kandung hingga mati di Tawau

TAWAU: Akibat dipengaruhi dadah, seorang lelaki tergamak menikam leher dan menetak kepala ayah kandungnya setelah berlaku perselisihan faham di antara mereka pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, suspek berusia 27 tahun itu menikam leher mangsa berusia 56 tahun menggunakan pisau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan.

Dia kemudian menetak kepala mangsa menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan serius.

Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) manakala kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Recent posts

Direman seminggu

Tawau: Suspek yang memukul pelajar tingkatan empat sebelum mangsa ditemui meninggal dunia pagi semalam, direman bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 18 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman hingga 1 Mei ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 6 petang Ahad lalu, mangsa, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, dipukul suspek menggunakan kayu ketika berjumpa adik perempuan suspek di kawasan padang Taman Gembira berhampiran Kampung Sentosa, di sini.

Mangsa ditemui meninggal dunia 7.30 pagi semalam oleh ibunya di bilik di rumah mereka di Kampung Pisang, di sini.

-Hmetro

Pelajar Tingkatan Empat SMK Kuhara Tawau Mati Dipukul

Seorang ibu terkejut apabila mengetahui anak lelakinya maut di dalam rumah, hanya 12 jam selepas pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah.

Pelajar Tingkatan Empat SMK Kuhara di Tawau itu dikatakan dipukul abang kekasihnya tetapi memberitahu ibunya insiden berpunca dipukul individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diperiksa ibunya di rumah mereka di Kg Pisang di Tawau pada kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin.

Beliau berkata, polis menahan seorang buruh berusia 19 tahun yang tidak mempunyai dokumen untuk siasatan berhubung kematian remaja berkenaan.
Suspek dipercayai abang kekasih mangsa.

Fadil berkata, ibu Mohd Ayieruchizamsyah memaklumkan anaknya yang merupakan tiga daripada lima adik beradik itu pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah, pada kira-kira pukul 7.30 malam Ahad.

"Dia beritahu dia dipukul individu tidak dikenali. Anaknya kemudian masuk ke dalam…

6 maut dalam kemalangan Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang bapa bersama dua anaknya antara enam mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu, dekat sini, malam tadi.

Ismail Mangu, 25; dan dua anaknya, Sharil, 5, dan Putri, 2, serta kakak Ismail, Farida Perada, 35, maut di tempat kejadian selepas PROTON Saga dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu.

Semua mangsa berasal dari Kampung Wakuba, Batu 6 Jalan Apas, Tawau. Dua lagi mangsa yang maut, pemandu PROTON Saga warga Indonesia, Said Tuan Kamba, 28; dan rakan senegaranya, Markus Mae Siku, 52. Pemandu pacuan empat roda berusia 53 tahun dilaporkan cedera parah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata PROTON Saga dinaiki enam mangsa dalam perjalanan dari Lahad Datu menghala ke Tawau terbabas dan melintang di laluan bertentangan selepas satu selekoh tajam.

Pada masa sama, katanya, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dari arah bertentangan tidak sempat men…

Skuad Prihatin Perkeso Tawau Bantu Pencarum Terlibat Kemalangan

TAWAU, 1 April (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tawau sentiasa mengambil tindakan pantas menerusi Skuad Prihatinnya bagi membantu pencarum yang terlibat dalam kemalangan mendapat faedah pembayaran.

Ketua Pejabat Perkeso Tawau, Mariam Hassan berkata skuad yang baru ditubuhkan di daerah itu bertindak meneliti, menyemak kebenaran serta mengenal pasti sekiranya ada pencarum terlibat dalam kemalangan.

"Ini adalah satu tanggungjawab Perkeso bagi memastikan proses pembayaran faedah kepada pencarum atau waris dibuat secepat mungkin bagi meringankan beban mereka susulan kemalangan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian program seminar Perkeso bersama pemimpin masyarakat di sini, Sabtu.

Program itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menurutnya skuad itu akan turut berhubung dengan pihak berkuasa termasuk polis bagi mendapatkan maklumat peribadi mangsa (pencarum) dan kesahihan kes.

Dalam pada itu, katanya, orang r…

Penguasaan Usahawan PKS Guna Platform E-dagang Masih Rendah

TAWAU, 1 April (Bernama) -- Bilangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang memanfaatkan platform e-dagang masih rendah dan perlu dipertingkatkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata daripada 645,000 PKS setakat ini, hanya 10,000 yang didapati berdaftar dengan platform alibaba.com.

Menurutnya, usahawan berkenaan akan terus ketinggalan apabila tidak mengupayakan diri serta gagal memanfaatkan saluran seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang menyediakan platform kondusif seperti alibaba.com untuk berniaga merentasi sempadan.

"Platform termasuk alibaba.com, perlu digunakan supaya produk tempatan mampu memasuki dan bersaing dalam pasaran global," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ahmad dalam rangka lawatan kerja bertemu Biro IT UMNO di Tawau dan Semporna di Sabah, turut sempat meninjau tiga PKS di sini iaitu Suria Bakery, Klinik Pergigian Asmah (Spa Dental) dan Putra Gymnasium serta 1Q Minera…

Atlet Sabah Cemerlang Sukan Diberi Peluang Sambung Belajar Di IPT

TAWAU, 1 April (Bernama) -- Atlet Sabah yang cemerlang dalam bidang sukan dan mengharumkan nama negara bakal diberi laluan khas ke institusi pendidikan tinggi, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Katanya cadangan itu akan dipertimbangkan bagi atlet yang mengorbankan kejayaan akademik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia kerana memberi tumpuan kepada sukan.

"Ketika ini kementerian dalam perbincangan dengan beberapa institusi pengajian tinggi di negeri ini termasuk Universiti Teknologi Mara bagi membuka laluan khas ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tawfiq berkata laluan khas itu adalah sebagai pengiktirafan kerajaan negeri kepada atlet berkenaan atas sumbangan mereka kepada negeri dan negara.

"Kerajaan tidak mempunyai masalah menyediakan insentif berbentuk pendidikan kepada mereka yang cemerlang dalam bidang sukan dan berharap langkah itu mampu menjadi pemangkin dalam melakarkan pelb…