Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang

Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan. Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan. Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu. Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar Turut ditahan yang

Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya di Tawau

Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan jenis Ninja King di kilometer 20, Jalan Tawau–Merotai, dekat sini, hari ini. Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Tawau, Asisten Superintendan Sabri Zainol Abidin, berkata mangsa itu dikenali sebagai Agnes Gau Bole, 36, dan sepasang anaknya, Immanuel Bole (8 tahun), dan Fredercia Indriani Bole, 14. "Seorang mati serta-merta di tempat kejadian dan dua lagi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tawau," katanya di sini. Sabri berkata, keluarga itu adalah pemegang pasport Indonesia yang hendak ke bandar Tawau untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri. Sabri berkata, keluarga berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari Merotai ke Tawau sebelum kejadian itu berlaku pada kira-kira 7 pagi. "Kita percaya kenderaan itu dipandu laju sehingga menyebabkan ia terbabas dan masuk gaung di sebelah kiri jalan," katanya. Sabri meminta saksi kejadian supaya tampil memberikan makl

6 maut dalam kemalangan tragis di Lahad Datu

Enam terbunuh termasuk pasangan suami isteri dan dua beranak, manakala enam lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan empat kenderaan iaitu bas ekspres, van, kereta Perodua Viva dan lori tujuh tan di Kilometer 35, Jalan Lahad Datu-Kunak, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori, Norawi Madu, 37; anak lelakinya, Mohamad Azrul, 14, dan pasangan suami isteri yang menaiki van iaitu Yong Pui San, 24, suaminya Chin Tet Leong, 30, serta penumpang van, Thien Yuk Lin, 51, serta Azlan Aziz, 17, yang menaiki Perodua Viva. Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan kepala Azlan terputus, manakala identiti enam lagi mangsa yang parah belum dikenal pasti. Difahamkan Azlan, Norawi dan Mohamad Azrul dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Kuet Khiun ketika dihubungi berkata, kemalangan berlaku apabila van yang

100 penduduk Tawau pasrah terpaksa raya di dewan

Kira-kira 100 penduduk Kampung Pasir Putih Tawau, di sini terpaksa pasrah untuk menyambut Aidilfitri di dewan mini kampung itu dan Pusat Khidmat Masyarakat daerah selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, pagi semalam. Kebakaran kira-kira jam 11.24 pagi itu memusnahkan 11 rumah papan ketika penduduk terbabit bersiap sedia menyambut hari raya. Ada keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas pakaian baru serta juga kuih muih untuk hari raya turut hangus. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat daerah, Albert Jiran Tanjung, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran kira-kira jam 11.25 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera bomba dan 17 anggota. Katanya, bomba berjaya memadam api sepenuhnya jam 1.39 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dalam pada itu, penderitaan penduduk terbabit mendapat perhatian UMNO bahagian Kalabakan yang menyumbangkan wang ihsan RM300 kepada setiap keluarga terbabit.