LAHAD DATU: Seorang bapa bersama dua anaknya antara enam mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu, dekat sini, malam tadi.
Ismail Mangu, 25; dan dua anaknya, Sharil, 5, dan Putri, 2, serta kakak Ismail, Farida Perada, 35, maut di tempat kejadian selepas PROTON Saga dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu.
Semua mangsa berasal dari Kampung Wakuba, Batu 6 Jalan Apas, Tawau. Dua lagi mangsa yang maut, pemandu PROTON Saga warga Indonesia, Said Tuan Kamba, 28; dan rakan senegaranya, Markus Mae Siku, 52. Pemandu pacuan empat roda berusia 53 tahun dilaporkan cedera parah.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata PROTON Saga dinaiki enam mangsa dalam perjalanan dari Lahad Datu menghala ke Tawau terbabas dan melintang di laluan bertentangan selepas satu selekoh tajam.
Pada masa sama, katanya, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu merempuh PROTON Saga terbabit.
“Akibat kemalangan itu, pemandu dan semua penumpang PROTON Saga meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments
Post a Comment