Skip to main content

Banteras Jenayah Dadah Fokus Utama Polis Tawau

TAWAU, 31 Mac (Bernama) -- Penglibatan pelajar dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini tidak begitu membimbangkan namun usaha membanteras jenayah itu terus menjadi fokus utama, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus.

Beliau berkata meskipun beberapa sindiket dadah yang aktif di daerah ini berjaya ditumpaskan tetapi jenayah dadah akan terus diperangi habis-habisan.

"Kita akan gempur habis-habisan, dan kita sudah berjaya merampas berkilo-kilo (kilogram) dadah dan usaha ini berterusan termasuk membanteras dadah dalam kalangan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program perkhemahan kor kadet sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Tahun di Dewan Terbuka Datuk Seri Mohd Najib, Merotai dekat sini, Jumaat.

Perkhemahan sejak Selasa itu melibatkan 713 pelajar dan 104 guru membabitkan 16 kontinjen masing-masing 14 kontinjen dari sekolah menengah di Tawau dan masing-masing sebuah sekolah dari daerah Kunak dan Semporna.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Fadil berkata penglibatan pelajar dalam kor kadet polis berupaya menghindari mereka daripada aktiviti penyalahgunaan dadah dan masalah sosial yang lain sekali gus membentuk modal insan pewaris kepimpinan negara.

"Program kor kadet ini khusus untuk remaja ke arah membentuk dan mendidik supaya tidak mudah terjerumus dengan masalah-masalah sosial kerana pelbagai nilai murni dan positif dapat diterapkan dalam kor kadet ini" katanya lagi.



-- BERNAMA

Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.