Skip to main content

80 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Airport Lama Tawau

TAWAU, 30 Jan (Bernama) -- Kira-kira 1,000 penduduk di Airport Lama Tawau, di sini tinggal sehelai sepinggang apabila 80 buah rumah setinggan di kawasan itu musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kebakaran itu pada pukul 9.41 pagi tadi.

"Sebaik menerima panggilan, seramai 27 anggota termasuk pegawai bomba yang diketuai oleh saya sendiri terus ke lokasi kejadian bersama lima jentera termasuk kenderaan serbaguna," katanya.

Ismaidi berkata pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain pada 11.10 pagi, walaupun berhadapan masalah tekanan air yang rendah di kawasan terbabit.

Katanya, ketika ini anggota bomba masih berusaha memadamkan api sepenuhnya dengan mendapatkan bantuan pili bomba dari Sekolah Kebangsaan Bandar dan Masjid Raya, selain menyedut air kolam di kawasan Taman Muhibbah, yang mana, jarak antara ketiga-tiga kawasan adalah hampir satu kilometer dari lokasi kejadian.

Ismaidi berkata seorang warga tua yang menghadapi sesak nafas dikejarkan ke hospital oleh pasukan bomba.

Beliau berkata pasukan polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan perubatan serta orang ramai turut membantu memadamkan api dan menyelamat mangsa kebakaran.

Pihaknya sedang menyiasat anggaran kos kerugian kebakaran itu, katanya.

Ketua Polis Daerah ACP Fadil Marsus yang mengesahkan kejadian itu berkata sejurus menerima maklumat, beliau telah mengarahkan anggotanya di semua unit untuk ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan.

Fadil turut melahirkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama diberikan dalam membantu memadamkan api, katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Andi Maladika, 36, berkata kejadian kebakaran itu merupakan kali kelima sejak 1987.

Beliau dan keluarganya yang tinggal di kawasan itu sejak 1977 berkata kejadian kebakaran hari ini adalah kali keempat menimpa mereka.

"Rumah saya terlibat dalam kebakaran pada tahun 1987, 1989, 2006 dan hari ini. Kejadian kebakaran pada tahun 2010 rumah saya tidak terlibat, sebab kebakaran itu berlaku di sebelah jalan (rumah hadapan)," katanya.

-- BERNAMA


Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.