SEPANG: Memberi alasan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan penyakit asma, kelibat ibu kepada empat anak Zahrah Ibrahim lesap dari pandangan keluarga.
Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku pada tahun 2001 itu berlaku dua hari menjelang sambutan hari raya Aidil Adha.
Menurut anak sulung Zahrah, Sharifah Abdul Razak, dua hari sebelum kejadian, ibunya memberitahu anak bongsu mereka untuk ke klinik. Selepas itu, ibunya langsung tidak pulang ke rumah dan hanya menerima panggilan bahawa akan pulang seminggu kemudian.
Sharifah memberitahu, tiada langsung perselisihan faham di antara keluarga selepas ditanya wartawan mengenai kemungkinan ibunya meninggalkan rumah.
"Saya sangat hairan, kenapa ibu hilang tiba-tiba. Kami tidak pernah gaduh ataupun bertengkar," kata Sharifah dengan nada yang sebak.
Meskipun begitu, naluri anaknya kuat mengatakan ibunya berada di Sabah dan masih hidup. Ia berikutan notis pemberitahuan MyKad siap daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah diterima mereka tiga tahun selepas ibunya hilang. Notis itu dialamatkan ke rumah mereka di Kuala Lumpur.
Kehilangan Zahrah memberi tamparan hebat kepada keluarganya.
Manakan tidak, jika sebelum ini segala urusan dikendalikan ibunya. Kini mereka hidup lebih berdikari terutamanya adik bongsunya.
Rumah seakan tidak bernyawa, sambutan Hari Raya juga tiada bermakna. Lebih menyedihkan apabila cucu Zahrah sering menanyakan siapa nenek mereka. Ini kerana gambar Zahrah masih lagi digantung di rumah mereka.
"Dia tidak pernah tengok cucu dia. Hanya seorang sahaja yang sempat iaitu anak sulung saya. Malah anak-anak dia yang lain kahwin pun dia tiada. Ayah pun setiap hari tatap gambar ibu yang tergantung dalam bilik. Kami nak sangat emak balik.
"Sesiapa yang ada maklumat tolonglah bagitahu kamu, kalau kita ada buat salah dekat emak, kita minta maaf sangat. Baliklah emak," rayu Sharifah sambil air mata menitis.
Apa yang lebih menyukarkan adalah lokasi di Sabah yang terlalu jauh. Katanya, pelbagai cara telah digunakan untuk mencari ibunya namun semua usahanya gagal.
"Macam-macam cara saya guna. Sudah puas saya cari. Saya guna suratkhabar, TV, radio.. tetapi tidak berhasil."
Suaminya Abdul Razak VM Mammu yang setia menanti turut mengharapkan bantuan orang ramai memberikan maklumat kepada mereka.
Katanya tanpa Zahrah, hidup seakan tidak bermakna.
"Selepas isteri saya hilang, kami tidak sambut raya dengan meriah. Berbeza dengan dulu," kata Razak dengan nada yang perlahan.
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi Sharifah di 018-313 1913 atau alamat mereka di No 18, Jalan 11, Taman Murni, Sepang 43900, Sepang, Selangor.
Anda juga boleh hubungi Astro AWANI di talian 03-20702520.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/13-tahun-hilang-zahrah-dirayu-pulang-35367?cp

Comments
Post a Comment