Skip to main content

Empat Blok Rumah Kongsi Musnah Dalam Kebakaran



TAWAU: Empat blok rumah kongsi melibatkan 48 bilik musnah sama sekali, sementara sebuah kilang kayu terjejas teruk sebahagiannya akibat dua insiden kebakaran berasingan yang berlaku dalam masa kurang dari 12 jam di sini.

Penolong Ketua Balai Bomba Tawau, Faisal Ahmad, berkata kedua-dua kes kebakaran terbabit berlaku di kawasan Jalan Sin Onn Tiku dan Tanjung Batu Tengah, Logpond antara jam 5 petang dan jam 2 pagi.

“Dalam kebakaran pertama, kita menerima aduan pada jam 5.09 petang Rabu serta mengerahkan 19 pegawai dan anggota bomba ke kawasan rumah kongsi di Jalan Sin Onn Tiku untuk memadam kebakaran,” katanya.

Difahamkan, semua penghuni rumah kongsi terlibat terselamat dalam kejadian itu apabila api dikatakan pantas merebak akibat hampir keseluruhan material bangunan terbabit dibina berasaskan kayu.

Menyentuh tentang kes kebakaran itu, Faisal berkata pasukannya berjaya mengawal api daripada terus merebak ke lokasi berhampiran pada jam 5.57 petang sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 7.56 petang.

“Kebakaran kedua melibatkan bahagian pejabat dan ruang stor penyimpanan papan di sebuah kilang kayu di Tanjung Batu Laut, Logpond pada awal pagi tadi (kelmarin) terjejas teruk,” katanya, sambil menambah bomba menerima panggilan pada jam 2.06 pagi tentang kes itu.

Beliau berkata kebakaran kedua itu berjaya dikawal pada jam 2.49 pagi dan operasi memadam serta mengawal kebakaran pula ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.02 pagi selepas pihaknya berpuas-hati dengan aspek keselamatan di lokasi itu.

Menurutnya, bomba mengerahkan seramai 24 orang pegawai dan anggota bomba ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat awam bersama dua jentera memadam api dan tiga utiliti kenderaan pacuan empat roda.

Ketika ditanya berhubung jumlah kerugian dan punca sebenar kedua-dua kejadian kebakaran itu berlaku, beliau sekadar memberitahu bahawa pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengenai hal terbabit.


Read more: http://www.theborneopost.com

Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.