Skip to main content

Pesara teruja gegasan satu Malaysia, lukis lambang di merata tempat

TAWAU: Teruja dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak, seorang pesara swasta melukis lambangnya yang dipamerkan di merata tempat.

Jika berada di bandar ini akan dapat melihat lambang 1Malaysia yang dilukis Sabturani Angsa, 64, terpampang di setiap jalan raya utama di sini, di batu besar, di tebing tinggi dan di pokok.
Jika memandu dari Lapangan Terbang Tawau ke bandar, anda akan dapat melihat lambang 1Malaysia ini dilukis menggunakan cat lengkap dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,’ di tepi jalan raya sepanjang perjalanan ke bandar.
Sabturani, seorang bekas Pembantu Kanan Trafik, Penerbangan Malaysia (MAS) menyelitkan kata-kata nasihat seperti ‘Hati-Hati Di Jalan Raya, Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna’ pada lambang lukisannya itu.

“Gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri sesuai dengan jiwa saya. Pada 1980-an, saya wujudkan satu laman di tepi rumah yang saya namakan ‘Pentas USBA bermaksud Untuk Semua Bangsa Agama.’

“Jadi, bila Perdana Menteri perkenalkan gagasan 1Malaysia ini, saya terus mendakapnya kerana ia amat selari dengan jiwa saya selama ini,” katanya yang berasal dari Kampung Batu Payung, dekat sini.

Ramai melihat lukisan cat ini tertanya-tanya siapa sebenar pelukisnya sehingga turut menjadi bualan dalam Facebook.
Sabturani yang bersara pada 2003 berkata, beliau sukarela melukis lambang 1Malaysia itu sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana dapat mengecapi kehidupan yang baik dan aman.

Katanya, sebaik saja menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), wang itu digunakan sebagai modal mengusahakan lukisan lambang 1Malaysia bermula dengan pokok kelapa di hadapan rumahnya yang berhadapan pantai.

Sabturani yang tidak ada latihan khusus dalam bidang lukisan mengakui agak sukar menyiapkan lukisan di pokok namun, kerana jiwa 1Malaysianya yang kuat, beliau melukis tanpa menggunakan sebarang rangka.

Bermula dari situ juga ramai saudara mara memintanya melukis lambang 1Malaysia di laman rumah, di atas batu besar di tebing Sekolah Kebangsaan Kinabutan di Batu 6 di sini dan di Membalua.

Katanya, ketika sedang melukis di tebing bukit Hutan Simpan Membalua, seorang rakan memintanya melukis di tayar di depan premis milik lelaki itu.

Tanpa diduga ramai pihak termasuk pemimpin politik dan masyarakat, penjawat awam seperti pensyarah universiti tempatan tampil menghulurkan dana untuk mendorongnya terus melukis lambang 1Malaysia. – BERNAMA.

Jana Pendapatan Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Emaliza lizaema pelacur terhormat

Lihat tudung dia, nampak macam orang warak tetapi ada apa pada tudung? Wanita yang tidak pakai tudung mempunyai perwatakan yang jauh lebih bagus daripada wanita yang pakai tudung. Bukti mudah, perwatakan Emaliza yang lengkap bertudung tetapi beliau ini merupakan seorang pelacur terhormat di Malaysia. Beliau suka melacurkan mulutnya sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Kenali Emaliza lizaema pelacur terhormat Alang-alang kasi malu, biar sampai telanjang. Sabah lebih bermaruah daripada individu di atas.