Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Banteras Jenayah Dadah Fokus Utama Polis Tawau

TAWAU, 31 Mac (Bernama) -- Penglibatan pelajar dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini tidak begitu membimbangkan namun usaha membanteras jenayah itu terus menjadi fokus utama, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus. Beliau berkata meskipun beberapa sindiket dadah yang aktif di daerah ini berjaya ditumpaskan tetapi jenayah dadah akan terus diperangi habis-habisan. "Kita akan gempur habis-habisan, dan kita sudah berjaya merampas berkilo-kilo (kilogram) dadah dan usaha ini berterusan termasuk membanteras dadah dalam kalangan pelajar," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program perkhemahan kor kadet sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Tahun di Dewan Terbuka Datuk Seri Mohd Najib, Merotai dekat sini, Jumaat. Perkhemahan sejak Selasa itu melibatkan 713 pelajar dan 104 guru membabitkan 16 kontinjen masing-masing 14 kontinjen dari sekolah menengah di Tawau dan masing-masing sebuah sekolah dari daerah Kunak dan Semporn

Gempa bumi sederhana landa Minahassa, Sulawesi, gegaran dirasai di Tawau

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 7.20 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata gempa bumi itu berpusat di 149km dari Timur Laut Palu, Indonesia dan 507km Tenggara Semporna, Sabah. Gegaran turut dirasai di Tawau, namun tiada ancaman tsunami. -- BERNAMA

Penduduk Kunak, Semporna rasai gegaran gempa di Lahad Datu

SEMPORNA: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.2 pada skala Richter yang melanda Lahad Datu, petang tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kunak dan Semporna merasai gegarannya. Seorang guru, Aslina Ali, 30, berkata beliau dapat merasakan gegaran hampir seminit ketika berada di rumahnya di perumahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, di sini. "Saya sedang mengemas rumah kerana baru balik dari kampung setelah seminggu cuti persekolahan sebelum gegaran itu dirasai kira-kira pukul 5.30 petang. "Setelah itu saya berlari keluar rumah sehingga gegaran berhenti," katanya kepada Bernama. Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Airport, Kunak, Dian Awang berkata beliau turut merasai gegaran kecil selama 10 saat. "Pada mulanya saya ingatkan adik-adik yang berlari di atas rumah, tetapi apabila tidak melihat sesiapa yang berlari, saya keluar untuk melihat keadaan sekitar tetapi tidak ada apa-apa berlaku. "Saya hanya sedar ketika membaca berita di Fac