TAWAU, 30 Jan (Bernama) -- Kira-kira 1,000 penduduk di Airport Lama Tawau, di sini tinggal sehelai sepinggang apabila 80 buah rumah setinggan di kawasan itu musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kebakaran itu pada pukul 9.41 pagi tadi. "Sebaik menerima panggilan, seramai 27 anggota termasuk pegawai bomba yang diketuai oleh saya sendiri terus ke lokasi kejadian bersama lima jentera termasuk kenderaan serbaguna," katanya. Ismaidi berkata pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain pada 11.10 pagi, walaupun berhadapan masalah tekanan air yang rendah di kawasan terbabit. Katanya, ketika ini anggota bomba masih berusaha memadamkan api sepenuhnya dengan mendapatkan bantuan pili bomba dari Sekolah Kebangsaan Bandar dan Masjid Raya, selain menyedut air kolam di kawasan
Harian Tawau memaparkan berita tempatan di daerah Tawau