Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Helikopter terhempas di sekolah di Tawau

Seramai 19 orang telah disahkan tercedera dalam kejadian helikopter Nuri terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di Tawau, Sabah pagi ini. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada lima orang pelajar sekolah dan 14 kru pesawat yang berada di dalam helikopter tersebut, termasuk juruterbangnya. "Kesemua mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa pelajar lain juga dikatakan trauma. "Sekarang, pihak hospital bersama dengan Jabatan Pertahanan Awam, bomba, Jabatan Penerbangan Awam, penyiasat dalaman tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengawal tempat kejadian dan akan menjalankan penyiasatan sepenuhnya," katanya pada satu sidang media di Tawau. Berikutan kejadian itu, menurut Fadil, SMK Balung diarahkan ditutup buat sementara waktu memandangkan seluruh sekolah itu merupakan tempat kejadian. Video sidang media itu dimuat naik dalam laman Facebook PDRM. Fadil be

80 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Airport Lama Tawau

TAWAU, 30 Jan (Bernama) -- Kira-kira 1,000 penduduk di Airport Lama Tawau, di sini tinggal sehelai sepinggang apabila 80 buah rumah setinggan di kawasan itu musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kebakaran itu pada pukul 9.41 pagi tadi. "Sebaik menerima panggilan, seramai 27 anggota termasuk pegawai bomba yang diketuai oleh saya sendiri terus ke lokasi kejadian bersama lima jentera termasuk kenderaan serbaguna," katanya. Ismaidi berkata pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain pada 11.10 pagi, walaupun berhadapan masalah tekanan air yang rendah di kawasan terbabit. Katanya, ketika ini anggota bomba masih berusaha memadamkan api sepenuhnya dengan mendapatkan bantuan pili bomba dari Sekolah Kebangsaan Bandar dan Masjid Raya, selain menyedut air kolam di kawasan