Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Zahrah menghilang sejak 13 tahun yang lepas, dipercayaai berada di Tawau Sabah

SEPANG: Memberi alasan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan penyakit asma, kelibat ibu kepada empat anak Zahrah Ibrahim lesap dari pandangan keluarga. Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku pada tahun 2001 itu berlaku dua hari menjelang sambutan hari raya Aidil Adha. Menurut anak sulung Zahrah, Sharifah Abdul Razak, dua hari sebelum kejadian, ibunya memberitahu anak bongsu mereka untuk ke klinik. Selepas itu, ibunya langsung tidak pulang ke rumah dan hanya menerima panggilan bahawa akan pulang seminggu kemudian. Sharifah memberitahu, tiada langsung perselisihan faham di antara keluarga selepas ditanya wartawan mengenai kemungkinan ibunya meninggalkan rumah. "Saya sangat hairan, kenapa ibu hilang tiba-tiba. Kami tidak pernah gaduh ataupun bertengkar," kata Sharifah dengan nada yang sebak. Meskipun begitu, naluri anaknya kuat mengatakan ibunya berada di Sabah dan masih hidup. Ia berikutan notis pemberitahuan MyKad siap daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),