Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Pencipta lagu 'Bengawan Solo' meninggal dunia

Gesang Martohartono, maestro muzik keroncong dan penggubah lagu tersohor "Bengawan Solo" meninggal dunia petang semalam di Rumah Sakit PKU Muhammadiyah Solo, tempat beliau menjalani rawatan sejak 12 Mei lalu. Gesang, 92, meninggal dunia pada jam 6.10 petang semalam, menurut pasukan doktor yang merawatnya. Jenazahnya akan dikebumikan hari ini namun belum ditentukan di mana jenazahnya akan disemadikan. Akhir Januari lalu, Gesang menjalani pembedahan prostat di hospital yang sama. Gesang yang dilahirkan pada 1 Okt 1917, dikenali sebagai maestro keroncong Indonesia yang terkenal di Asia, terutama di Jepun. Lagu Bengawan Solo telah diterjemahkan ke dalam 13 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina dan Jepun serta pernah digunakan dalam sebuah filem Jepun. Lagu yang menceritakan tentang sungai terpanjang di Pulau Jawa itu dicipta pada tahun 1940 ketika Gesang berusia 23 tahun dan mengambil enam bulan untuk dihasilkan. Sebelum menjadi pencipta lagu, beliau merupakan penyanyi keroncong

Umno Kalabakan mahu kerusi Merotai

TAWAU: Umno Bahagian Kalabakan mendesak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya mengembalikan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Merotai kepada Umno. Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh, berkata ini kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah yang mewakili kawasan berkenaan sejak dua penggal lalu gagal membawa sebarang perubahan ke kawasan berkenaan. "Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dalam hal ini. Mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan Islam, ia harus diberi kepada Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kalabakan hari ini. Abdul Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, berkata keputusan membuat desakan itu dicapai pada mesyuarat hari ini. Kerusi Merotai kini diwakili Pang Yuk Ming dari LDP, satu daripada parti komponen BN di Sabah. Abdul Ghapur berkata, kawasan Merotai mempunyai 80 peratus pengundi Melayu/Islam berdaftar dan tidak ada sebab mengapa kawasan berkenaan tidak bo

Tawau: Perogol kanak-kanak lolos dari penjara

TAWAU : Seorang perogol kanak-kanak berjaya melepaskan diri dari Penjara di Tawau, Sabah pagi semalam. Banduan itu yang juga seorang warga Indonesia berusia 27 tahun dikatakan sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak awal tahun ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, kehilangan banduan itu yang bernama Anas Omar hanya diketahui kira-kira 10 pagi ketika proses mengira jumlah banduan dijalankan. Menurut beliau, Anas disyaki melarikan diri dengan memanjat tembok penjara itu antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi semalam dan dipercayai bertindak seorang diri. “Anas sedang menjalani hukuman di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipercayai bertindak seorang diri. “Kehilangan Anas hanya diketahui kira-kira pukul 10 pagi ketika proses mengira jumlah banduan dijalankan,” katanya. Beliau turut memberitahu, polis telah mengerahkan anggotanya daripada pelbagai unit untuk mencari dan memburu Anas. Tinjaun erapakata

Pelacuran di Tawau

Suatu ketika dahulu wartawan Karam Sing pernah mendedahkan kegiatan pelacuran di hotel Chester. Selepas beberapa tahun berlalu,ia sudah dilupakan dan kegiatan pelacuran kembali beroperasi. Sehingga wartawan TV3 Mazidul mendedahkan pelacuran di Tawau dalam rancangan 999, tidak ramai di Tawau menyedari adanya tempat-tempat pelacuran di Tawau. Termasuk penulis blog ini sendiri agak terkejut ketika membaca blog Mazidul. Antara percaya dan tidak, sehinggalah saya sendiri menonton rancangan 999 sebentar tadi. Timbul pertanyaan bagaimana pihak berkuasa tidak pernah mengetahui kegiatan itu atau tidak kisah dengan apa yang diketahui?? Sungguh memalukan apabila pegawai polis terpaksa menghubungi TV3 untuk memaklumkan ibu ayam sudah ditangkap. Malangnya tidak ada bukti penangkapan dalam bentuk video. Saya tidak menyalahkan polis kerana yakin membenteras kegiatan ini bukanlah mudah kerana perancang kegiatan ini juga mungkin mempunyai rangkaian tersendiri yang mampu melindungi kegiatan haram

Cicak tokek paling besar di Tawau

Cicak Tokek NUNUKAN, Kalimantan Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam. Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut. Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan. Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama, kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas. Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu. Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar. Dia kemudia