KIRA-KIRA 100 orang penduduk kampung dan peneroka di Ulu Merotai Landau, Tawau mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pagar Dumpas Estate iaitu di kilometer 15, pos kawalan Landau ke Projek Pengurusan Hutan Simpan Kekal Ulu Kalumpang, pada Sabtu. Mereka berhimpun di situ apabila tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah kebun mereka untuk mengambil hasil tanaman dan barang-barang. Demonstrasi aman yang bermula 8.30 sehingga jam 10.00pagi itu disertai anak-anak peneroka daripada pelbagai peringkat umur. Mereka turut merentangkan tiga kain yang tertulis ‘Jangan Musnahkan Periuk Nasi Kami, Jangan Biarkan Kami Mengemis Di Bumi Peladang Sendiri’, ‘Inikah Konsep 1Malaysia? Beruk Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’ dan juga ‘Mana Janji Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Para peneroka yang berhimpun itu tidak membawa sebarang senjata kerana mereka hanya mahu masuk ke kebun mereka yang terletak di Hutan Simpan dan bukan bertujuan mengadakan rusuhan seperti ya
Harian Tawau memaparkan berita tempatan di daerah Tawau