TAWAU: Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan dalam satu kejadian di Pasar Tamu Ladang Seraya, Kalabakan dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 10.25 malam itu, mangsa, seorang warga tempatan berusia 49 tahun, sedang makan di sebuah gerai apabila ternampak pergaduhan antara dua lelaki. "Mangsa cuba membantu meleraikan pergaduhan, namun seorang daripada lelaki tersebut bertindak agresif dan menikam mangsa menggunakan sebilah badik sebelum melarikan diri ke arah rumah pekerja ladang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya, mangsa yang digegaskan ke hospital disahkan meninggal pada 3.50 pagi semalam. Polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja ladang berusia 30 tahun dan usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan, katanya. Sementara itu di LAHAD DATU, seorang penunggang maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan rod
Harian Tawau memaparkan berita tempatan di daerah Tawau