Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Orang Sabah kuat melakukan seks

Benarkah orang Sabah gagah buat seks?? Saya amat bersyukur kepada bumi Sabah sebab walaupun rakyatnya antara manusia yang paling kuat melakukan seks tetapi jarang saya dengar kes buang anak seperti yang dilaporkan di semananjung. Ini membuktikan orang Sabahnya mempunyai nilai kemunasiaan yang sangat tinggi..harap-harap la.. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI. Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak. Kata Noor Halim, bancian penduduk tersebut, mengejutkan kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

RM40 juta untuk UMNO Sabah

Wang RM40 juta yang diseludup ke Sabah bukan untuk rakyat Sabah juga bukan untuk Musa Aman tetapi untuk UMNO kata Mohamed Nazri Aziz. Ini adalah wang keramat bagi persediaan menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.  Persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang ialah dari mana datangnya wang sebanyak itu? Siapa yang menderma kepada UMNO Sabah? Anda tidak tahukah Pasific Hardwood yang beroperasi di Kennedy Bay lingkup walaupun kayu balak masih ditebang. Kononnya kilang itu ditutup disebabkan kos operasi yang banyak sedangkan tak ada pulangan. Alahai..macam mana ada pulangan kalau hasil semuanya sudah dingap.  Apa pula kaitan dengan sumbangan RM40 juta ni?.. Sendiri la buat analisis. Jika benar sumbangan ini wujud, saya harap semua rakyat Sabah dapat menikmatinya. Kerajaan Barisan Nasional tak buat poster pilihanraya untuk memenangi pilihan raya pada masa akan datang. Kalau nak buat poster juga, guna sahaja wang daripada PBS, UPKO dan kompenan