Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Mayat bayi disumbat dalam botol dijumpai di Sungai Tawau

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi. Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan. Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk. "Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan. "Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32. Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalanka

Kebakaran di Tawau: 60 rumah musnah dalam kebakaran

Lagi-lagi cerita kebakaran. Sebelum ni ada kebakaran, semalam saya sekali lagi menyaksikan kebakaran besar di Kg. Titingan Tawau... Sebelum ni sudah 60 buah rumah hangus, semalam pun 60 buah rumah lagi hangus terbakar [ tidak rasmi ] mungkin lebih daripada itu, ada yang mengatakan lebih seratus buah rumah..bayangkan 2 jam lebih apa baru berjaya dipadamkan. Baca berita ni... TAWAU — Kira-kira 60 buah rumah, termasuk dua buah rumah kongsi 20 puluh pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi tadi. Ketika laporan ini dibuat, anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tawau masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan walaupun telah berjaya mengawal api daripada merebak. — Bernama Sumber Gambar : http://www.facebook.com/pages/Warta-Tawau/157283060993587

60 rumah rentung dalam kebakaran di Kg. Titingan Tawau

Seramai 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila 50 buah rumah setinggan di Blok 6, Kampung Titingan, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini. Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, siasatan mengenai punca dan anggaran kerugian masih dijalankan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Katanya, dua jentera Bomba dan tiga kereta bantuan dengan 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.33 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sejam selepas itu. "Anggota Bomba terpaksa berhadapan dengan masalah angin kuat kerana tempat itu berdekatan laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Ismail Mayakob yang melawat lokasi kejadian, berkata pihaknya akan menyediakan tempat pemindahan sementara untuk mangsa kebakaran itu di Balai Raya Kampung Titingan. - BERNAMA